Wednesday, June 25, 2014

Pesakit Asma masih ada ruang untuk lebih sihat dengan rangkaian produk Shaklee

Petikan Harian Metro :28/07/2013

"Sejak berumur 28 tahun, Bibi Mohd Zain, 69, sudah serasi dengan penyakit asma atau lelah. Bahkan beberapa tahun selepas disahkan menghidap penyakit itu, sudah menjadi rutinnya keluar masuk hospital kerana selalu mendapat serangan asma secara tiba-tiba.

Bekas jururawat ini memberitahu, asma menyerangnya ketika dia berada dalam keadaan tertekan atau terlalu penat. Ia ternyata amat menyusahkan kerana ia turut mengganggu aktiviti hariannya...."


Pesakit Asma bergantung dengan inhaler ke mana-mana saja

Bukan kita sekadar membaca dan mendengar cerita pesakit asma. Namun ia berlaku pada rakan-rakan kita malah saudara mara kita sendiri. Sebab itu penyakit asma bukan perkara baru untuk kita.

 Penyakit asma tidak berjangkit, tetapi berisiko kepada anak-anak yang mewarisi penyakit tersebut daripada keluarga ibu bapa. Majoriti pesakit mendapat serangan asma disebabkan keturunan. Malah pesakit perlu memastikan kesihatan mereka terkawal agar tidak diserang asma.

Profesor dan pakar perunding respirasi, Prof Dr Roslina Abdul Manap berkata, menurut satu kaji selidik, kebanyakan pesakit percaya asma mereka terkawal sedangkan sebenarnya tidak.

Hampir satu dalam setiap lima pesakit didapati memerlukan rawatan kecemasan untuk asma dalam tempoh setahun dan 6.7 peratus daripada mereka terpaksa bermalam di hospital.

Malah, kira-kira 41 peratus pesakit terpaksa menggunakan alat penyedut yang memberi kelegaan segera sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk meri–ngankan tanda asma yang dialami mereka.

“Statistik ini mengukuhkan lagi hakikat pentingnya untuk mereka mendapatkan rawatan yang betul.

“Walaupun asma adalah penyakit kronik yang masih tiada penawarnya, pesakit boleh mengawal asma dengan gabungan ubat pelega dan ubat pengawal.

“Kejadian asma mening–kat dengan ketara sejak 40 tahun lalu dan pengurusan penyakit serta gejala secara berkesan penting supaya pesakit boleh menjalani kehidupan secara normal,” katanya.

Menurut kajian yang dijalankan pada 2009, lebih 300 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka itu dijangka meningkat kepada 400 juta orang pada 2025.

Asma berlaku kerana radang di salur udara atau kekejangan di saluran bronkus dan ia boleh berpunca daripada faktor lain seperti debunga, lipas, bulu haiwan dan kulat.

Asap rokok, asap kereta, perubahan cuaca, bahan kimia yang beracun, jangkitan virus atau masalah emosi seperti keresahan, tekanan jiwa ataupun senaman berat dan ketawa juga boleh menyebabkan asma.

Gejala asma termasuk sukar bernafas, nafas berdehit, batuk, sesak nafas dan dada terasa sempit. Bilangan kematian sedunia akibat asma setiap tahun dianggarkan berjumlah 250,000 kes.

Asma lazimnya menjejaskan kehidupan pesakit dengan serius. Berdasarkan kaji selidik dijalankan oleh Pemahaman dan Pengurusan Asma Di Eropah dan Kanada (EUCAN AIM) pada 2010, kira-kira 40 peratus pesakit asma menyatakan aktiviti sukan dan riadah menjadi terbatas.

Hampir satu pertiga pula mengatakan aktiviti fizikal mereka terbatas, 20 peratus pesakit tidak dapat bekerja atau bersekolah selama enam hari akibat asma dan tahap produktiviti pesakit menurun sebanyak 40 peratus ketika keadaan asma mereka dalam keadaan kritikal.

Pakar perunding respirasi, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata, walaupun rawatan asma semakin maju, ramai pesakit masih tidak dapat mengawal asma secara berkesan melalui kaedah rawatan sedia ada.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatiannya, tahap asma masih terkawal di Malaysia memandangkan mudahnya untuk memperoleh ubat-ubatan mujarab.

Kami di Wardina e-shop menawarkan pemakanan tambahan yang menyokong imun dan ketahanan pesakit asma. Rangkaian seperti di atas mempunyai manfaat dan nutrisi yang sangat baik untuk pesakit asma. Pesakit perlu bijak untuk mengawal diri dan penyakit mereka sendiri. Justeru itu..
Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan anda mengamalkan pemakanan kesihatan Shaklee bersama kami.


Safaraliwati (Safa) / Zainal Abidin (Zainal) 
♥ SMS/WhatsApp : 013-8022278 / 019-8292278 / 014-2973699 
♥ Emel : chenal.abydin78@gmail.com
♥ FB Page: Wardina e-shop
♥COD : Kota Samarahan - UNIMAS - UiTM Sarawak - Kuching

No comments :

Post a Comment